Selamat datang ke Ruang Nadia Isa.Terima Kasih kerana sudi melawat blog ni.Jangan lupa FOLLOW ye. Kalau rajin tinggalkan komen anda dan 'LIKE' blog ni.

Follow me on Twitter

Pages

Wednesday, May 25, 2011

No Smoking.

NO SMOKING !!

Entry kali ni aku nak buat pasal rokok.. Hrmm.. dah kolotkan tajuk ni? Tapi x apa.. aku nk buat juga.. Sebab aku tak suka orang yang merokok..
Rokok ni banyak keburukan.. dan tak ada pon kebaikan.. Pelik kenapa ramai yang smoking.. Perempuan pon ada yang smoking pulak tu.. Apa yang dorang dapat agak2 ye? Yang lelaki tu rasa hebat, mecho ke kalau merokok? Yang perempuan lak kalau merokok rasa ape pulak? Rasa cool?
Apa-apa pon tu pendapat dan pandangan masing. Entry aku ni tak tujukan pada sesiapa.. heheh…
Macam yang kita semua sedia maklum kandungan dalam rokok sangatlah bahaya pada badan dan organ dalaman kita, antara kandungan utama rokok
ialah TAR,NIKORTIN dan KARBON MONOKSIDA.
Kandungan di dalam rokok

TAR
mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

NIKORTIN
seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah.  Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah 

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Nikotin menyebabkan perubahan-perubahan berikut di dalam tubuh, ianya termasuklah :-
1. Peningkatan kadar denyutan jantung.
2. Konstriksi ( pengecilan ) salur darah dan kenaikan tekanan darah.
3. Peningkatan kepekatan asid lemak dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan
arteri tersumbat apabila diiringi dengan kenaikan daya lekatan platelet darah.

 KARBON MONOKSIDA.
Gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. tidak berbau dan tidak berwarna serta lebih mudah bercantum dengan hemoglobin darah berbanding oksigen. Keadaan ini tentu akan menjejaskan keupayaan darah untuk membekalkan oksigen kepada tisu-tisu tubuh. Bagi menampung kekurangan ini, jantung dan paru-paru terpaksa bekerja dengan lebih kuat lagi. Karbon monoksida juga merosakkan dinding arteri dan dengan itu, mendorong berlakunya penyakit jantung.
 Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan  melebihi 60%.

Antara Kesan Asap Rokok Kepada yang menghidu:
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan (bg yg  mengandung)
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan (bg yg  mengandung)
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
- Lebih mudah lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak




Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktivit

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat

  
************************************************************ 
Ni antara Q and A yang aku tnya salah sorg mmber aku..(nma dirhsiakan)

1) Q :since bila kau mule smoking?
    A : Form 3

2) Q:kau smoking mula2 knpa?sebb kawan or what?
   A : macam2 sebab...xsemestinya kawan...pengaruh orang yg dikenali sekeliling juga pon adalah  faktornya juga

3. Q : Pe kau dapat @ rase masa kau smoking?
A :aku xtaw nk cakap...aku dapat asap...rase yg xad kat   benda lain...bukan    manis rasanya...rokok  bukan nk rasa sedap...

4) Q :Sehari bpe batang?
 A: sehari xtentu....ktengok orang...ada org sehari 1 batang...ada org sehari sepuluh...ada orang sekotak boleh tahan 4-7hari


5) Q :Kalau sehari x hisap boleh x?
     A:seminggu pon leh...sebulan...paling lama aku 5 bulan...(tapi tengok orang gak)ini berdasarkan aku la

6.)Apa pendapat kau kalau lelaki yang x smoke dan pendapat korang tentang perempuan yang smoke pulak?
A:kalau lelaki smoke itu aku dah biase...kalau pompuan isap...bagi aku lah ye...melambang kan pompuan xberadab...pompuan xad ciri2 wanita dimana bercanggah dengan sifat kewanitaan(sopan,lembut,anggun dan ayu)...buruk rupa pompuan gitu...orang lain juga akan anggap pompuan itu seperti hodoh rupa PERANGAI...

So sapa2 yang smoking tu, klu boleh trylah berhenti.. Sekarang dah moden, mcm2 alat ada nk gntikan rokok tu, contoh ROKOK ELEKTRONIK
ni la rokok elektronik
Rokok ni nampak sama dengan rokok biasa tapi lain tau.. Dari segi kandungan of cos lah lain.. Tak adalah bahan racun. Rokok ni kalau orang tengok dari jauh confirm ingat rokok real, sebb dia juga boleh keluarkan asap macam rokok biasa. Dan akan menyala lampu kat depan rokok tu. Konon ala2 api la.. dan asap tu berperisa. Ala2 syisa.. Nama pon rokok elketronik kann rokok ni mengunakan bateri dan boleh di cas.. Macam mana aku tau semua ni? Sebb ada abg ofis aku dulu pakai rokok ni..>__<




Jadi marilah berusaha untuk berhenti merokok !!


Dah habis baca? kalau suka sila LIKE

0 budak-budak comot:

 
Segala yang tercatat di atas adalah Hak Milik Terpelihara Nadia Isa